Translate

Rabu, 4 Jun 2014

Sunat tahiyyatul Masjid

Sunat tahiyyatul Masjid

  Solat ini digalakkan kita mengerjakannya setiap kali kita melangkah masuk ke masjid sebelum kita mengerjakan solat sunat mutlak, sunat rawatib atau solat fardu atau pada bila-bila masa dengan tujuan lain daripada solat. Dan apabila seseorang masuk ke masjid sera mempunyai keluasan masa yang cukup untuk mengerjakannya, maka hendaklah dikerjakan kerana meninggalkannya tanpa sebarang uzur hukumnya makruh.
   Nabi s.a.w. ada bersabda yang maksudnya:
 

'' Apabila seseorang kamu masuk ke masjid, maka janganlah kamu terus duduk sebelum kamu solat dua raka'at ''.

  Lafaz niatnya ialah : 


   Cara mengerjakannya sama seperti kita menunaikan solat sunat Mutlak.

Sunat Zawal

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sunat Zawal

  Solat sunat ini dinamakan demikian kerana waktu untuk mengerjakannya ialah sejurus sebaik sahaja gelincir matahari yakni apabila masuk waktu zohor.

  Maka, solat ini kita kerjakan sebelum kita solat sunat 'Qabliah' zohor. Ia dikerjakan sebanyak dua rakaat.

  Lafaz niatnya ialah : 

}''usolli sunnatal zauwaali rak'a'taini lillahi ta'ala
}''Sengaja aku solat sunat zawal dua rakaat kerana Allah ta'ala.

  Bacalah sebarang surah yang mudah bagi kita sesudah membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat. 

  Sekiranya kita solat di rumah, sebaiknya bacalah surah yang pendek supaya kita tidak ketinggalan solat berjemaah di masjid atau surau. 


Selasa, 3 Jun 2014

Solat Sunat Wudhu'

SOLAT SUNAT WUDHU'

  Setiap kali apabila kita mahu solat sama ada solat fardu atau sunat ataupun akan membaca Al-Quran, kita terlebih dahulu diperintahkan agar membersihkan diri dengan cara yang disyariatkan iaitu berwudhu.

  Rasulullah s.a.w. pernah menyebut bahawa apabila seseorang itu wuduk' dengan penuh iman (percaya) kepada janji Allah, maka gugurlah dosa-dosa kecilnya bersama-sama titisan air wudhu' yang jatuh ke bumi.

 Tidak ada sesiapa pun tidak akan berasa gembira jika beban berat yang sedang dipikulnya dapat dilepaskan.

  Demikian jugalah perasaan orang2 Mukmin sekiranya dosa2 kecil yang ditanggunya itu dihapuskan.

  Maka sebagai tanda terima kasih, digalakkan agar kita mengerjakan solat sunat wudhu'.

Sebaik sahaja selesai berwudhu' segeralah berdoa:



  Lalu kita ke tempat yang suci untuk mengerjakan solat sunat Wudhu' dua Rakaat kerana Allah ta'ala dengan niat :